search
Log In
3 votes
42 views
Adakah JKR terlibat sama semasa GN0?
in Value Management 20,890 points 21 44 152

1 Answer

6 votes
 
Best answer
GN0 merupakan semakan ringkas dan penilaian awalan sesuatu projek yang dilaksanakan bagi memastikan aspek daya maju (viability), ketersediaan dan strategi pelaksanaan projek dikaji sebelum dimajukan kepada EPU, JPM.

GN0 adalah satu proses semakan ketersediaan projek yang dilaksanakan semasa fasa penwujudan projek dimana pihak yang bertanggungjawab melaksanakan GN0 adalah Pegawai Teknikal (Kader JKR) di Bahagian Pembangunan Kementerian Pelanggan.

Inisiatif GN0 perlu dilaksana bagi keseluruhan cadangan projek yang melibatkan kesemua kategori projek (ACAT I, II, III, IV & V) bagi semakan pengesahan daya maju dan ketersediaan projek. Cadangan projek yang disahkan berdaya maju dan bersedia, seterusnya boleh dipohon melalui Sistem MyProjek oleh Pelanggan (user) kepada EPU, JPM.
9,670 points 6 25 85
selected by
0
Terima kasih di atas perkongisan..
...