Masaalah kontraktor bukan setakat modal pusingan sahaja.
Ada kontraktor yang modal ada, tetapi terlalu banyak projek di tangan. Napsu beso. Kederat tak sampai. Projek sendiri dan projek yang di sub. Akibatnya modal pusingan tak cukup.
Maka timbullah fenomena korek lubang tutup lubang. Dapat bayaran sini nak cover hutang kat sana. Dapat bayaran kat sana nak cover hutang kat sinun. Bila nak abisnya?
Worst still kalau projek lain bermasaalah, sub con lari sebab payement tak dapat, kerja tak leh gerak sebab modal pusingan tak cukup dan all that jazz.
Pas tu satu lagi tebiat kontraktor tu, projek belum abis dah nak tuko kete beso beso, beli rumah jutaan ringgit sebagainya.
Tunggu lah projek selesai dulu, SOFA dah beres, then baru le piki apa nak beli.
Ada kontraktor yang punyai 2, 3 projek di tangan, tapi hutang rumah dan utang kete pun tak bleh bayo. Cerner nak run projek? Kalau diri sendiri pung tak lepas???
(اللهمّ يسر و لا تعسر)
