search
Log In
9 votes
200 views
Mengapa link dipasang pada kabel neutral, manakala fius dipasang pada kabel fasa bagi sistem litar arus ulang-alik?
in Electrical 6,610 points 22 55 80
edited by

3 Answers

2 votes
Arus mengalir pasa kabel fasa. Oleh yang demikian untuk keselamatan pada circuit tersebut maka fius dipasang pada kabel fasa dan link tidak seharusnya putus demi pengaliran arus ke bumi.
2,130 points 2 9 20
3 votes

Menurut Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, Peraturan 15. 

 
1) Mana-mana radas, konduktor atau aksesori bagi maksud penyambungan kepada sesuatu pepasangan hendaklah dalam saiz, kuasa dan bilangan yang mencukupi bagi menepati maksud yang dicadangkan dan hendaklah dibina, dipasang, disusun, dilindungi, dikerjakan dan disenggarakan sedemikian rupa bagi mencegah bahaya. 
 
2) Sesuatu konduktor hendaklah ditebat dan dilindungi secara berkesan atau ditempatkan atau dikawal keselamatannya sedemikian rupa bagi mencegah bahaya. 
 
smiley
27,890 points 38 98 208
1 vote
Neutral link atau circuit breaker boleh dipasang pada neutral berdasarkan Standard. Neutral link dipasang bagi mengelakkan neutral floating sekiranya berlaku kerosakan pada circuit breaker (bagi 4-pole circuit breaker). Neutral floating boleh menyebabkan voltan 1 fasa 230V menjadi 400V dan seterusnya akan merosakkan peralatan elektrik (banyak kes telah berlaku). Neutral hanya dipasang dengan circuit breaker pada incoming daripada utiliti seperti yang dikehendaki oleh IEC 60364.
12,710 points 11 24 91
...