search
Log In
13 votes
641 views
Apakah takrifan sistem pembumian elektrik dan mengapa ianya penting diberi penekanan dalam rekabentuk, pemasangan dan penyenggaraan sesuatu pepasangan elektrik?
in Electrical 6,610 points 22 55 80
retagged by

3 Answers

4 votes
Sistem pembumian yang lazim digunakan di Malaysia adalah sistem TT (Tera Tera). dan sistem pembumian ini ada digunakan untuk mengalirkan sebarang kebocoran arus ke bumi dengan seberapa cepat tertakluk kepada nilai rintangan kepada sistem tersebut unrtuk melindungi pengguna daripada terkena renjatan elektrik.
2,130 points 2 9 20
9 votes
Arus Elektrik bergerak dan akan mencari jalan yang paling pantas untuk dilalui. Dengan kata lain, Arus akan begerak dan mencari laluan yang mempunyai rintangan yang paling rendah.

Sistem Pembumian akan dilakukan pada pemasangan dan peralatan elektrik bertujuan bagi mengesan kebocoran arus dan mengalirkan arus tersebut terus ke bumi untuk keselamatan manuasia.

Arus ulang-alik bergerak melalui "LIFE" dan akan berpatah balik melalui "NEUTRAL" ELCB digunakan sebagai indikator kadar arus melalui "LIFE" dan "NUETRAL" mestilah sama... Sekiranya Arus tersebut melalui bumi jika terdapat "leakage Current", ELCB dapat dimaklumkan mengenai permasalahan pendawaian tersebut dan membuat tindakan "TRIP" sekiranya arus masuk (LIFE) dan keluar (KELUAR) tidak sama.

Sekiranya perkakasan tersebut tidak dibumikan, jika terdapat kebocoran arus, litar tersebut masih berfungsi dan boleh membahayakan pengguna jika tersentuh barangan tersebut.
27,890 points 38 98 208
1 vote

Takrifan sistem pembumian: 

  1. Pembumian ialah suatu sistem sambungan yang dibuat di antara logam dalam pemasangan pendawaian elektrik dengan jisim am bumi.
  2. Ianya bagi mengadakan laluan mudah dengan galangan atau rintangan yang rendah ke bumi supaya sistem perlindungan beroperasi dengan berkesan, bagi menjamin keselamatan manusia atau pengguna daripada bahaya renjatan elektrik apabila terjadi arus bocor ke bumi (earth leakage).

Tujuan pembumian adalah: 

  1. Mengalirkan arus bocor ke bumi dengan berkesan supaya alat perlindungan, geganti atau peranti perlindungan dapat berfungsi dengan berkesan bagi mengelakkan berlakunya litar pintas.
  2. Mendapatkan voltan rujukan kosong untuk star point alatubah dan janakuasa supaya talian neutral dapat digunakan dan voltan bekalan stabil. 
  3. Mendapatkan voltan samaupaya (equipotential voltage) supaya tidak berlaku step voltage bahan pengalir yang terdedah (exposed conductive parts)
  4. Mengadakan laluan nyahcas (discharge)
  5. Keperluan undang-undang dan peraturan
12,710 points 11 24 91
...