Saya berpendapat tidak ada istilah 'skop kerja sampingan' , ini adalah kerana di dalam Senarai Tugas setiap pegawai JKR, terdapat satu tugasan yang berbunyi, " Atas arahan dari semasa ke semasa." Sehubungan itu tugasan yang bukan berbentuk tugas utama (core) adalah termasuk dalam kategori ini.
Saya juga berpendapat adalah tanggungjawab setiap pegawai untuk memastikan tugasan utama dilaksanakan dan diberi prioriti. Walaubagaimana pun, adalah penting untuk kita menyokong tugasan-tugasan lain yang bukan berbentuk core kerana tugasan tersebut diusahakan semata-mata untuk menyumbang ke arah penambahbaikan Sistem Penyampaian JKR dan itu adalah tanggugjawab kita semua sebagai warga JKR.