Penyediaan lukisan tender lewat could be disebabkan oleh banyak faktor.
Saya akui ada kalanya tempoh masa yang diberikan terlalu singkat atau dianggap tidak mengambilkira keupayaan sumber tenaga yang ada. Tetapi sering kali tempoh masa untuk melaksanakan sesuatu projek itu bukan sebulat-bulatnya ditentukan oleh HOPT semata-mata.
Sebaliknya tempoh masa kebanyakkan kalinya dipengaruhi oleh kehendak pihak Agensi Pelanggan apabila mereka menetapkan tarikh bila mereka perlukan sesuatu projek itu siap untuk diserahkan kepada mereka.
Adakalanya tarikh yang diberikan itu tidak realistik atau tidak akan dapat dicapai disebabkan oleh proses kerja kita yang memerlukan a certain amount of tempoh masa untuk dilaksanakan bagi setiap disiplin.
HOPT seering kali terpaksa merayu dan berunding dengan pihak Agensi Pelanggan supaya memberi tempoh masa yang lebih panjang kepada JKR agar produk akhir (end product) yang dihasilkan bukan sahaja adalah yang terbaik, tetapi juga untuk mengelakkan sebarang pindaan rekabentuk yang mungkin melibatkan kos tambahan berlaku when a design has enough time to be develpoed.
Malangnya, pihak Agensi Pelanggan juga adakalanya terikat dengan arahan EPU supaya peruntukan projek dibelanjakan dalam tempoh masa yang ditetapkan, failing which, the project will be dropped/dibatalkan.
Disebabkan oleh syarat inilah, maka pihak Agensi Pelanggan tiada pilihan but to insist that JKR laksanakan projek mereka dengan cepat dan dalam tempoh masa yang singkat untuk mengelakkan daripada projek mereka dibatalkan.
Even currently we are having constant communication with our Client Department supaya mereka lebih memahami situasi kita dan memberi kita tempoh masa yang lebih munasabah agar projek yang bakal dilaksanakan adalah yang terbaik dari semua aspek.