Keperluan OKU bukan lagi jatuh hukum "sepatutnya", malah ianya "WAJIB" dan kalau tidak diambilkira "berdosa"....
kerana kita yang dilahirkan sihat dan sempurna ini juga mungkin akan dikategorikan sebagai OKU jika sesuatu yang tidak diduga berlaku.
Berdasarkan ceramah Prof. Dato' Dr. Asiah bertajuk Universal Design, keperluan OKU ini amatlah penting dalam memastikan golongan OKU tidak merasa terpinggir atau dipinggirkan.
Di negara-negara maju, bangunan atau mana mana prasarana yang tidak mesra OKU boleh disaman dan didakwa jika terdapat masalah pergerakkan dan kepayahan kepada golongan ini untuk menggunakan atau bergerak dalam menikmati kehidupan mereka.
