Ada beberapa cara untuk mempromosikan Portal JKR CoP. Secara individu atau secara berkumpulan cth, cawangan atau Unit di cawangan tertentu.
Secara individu: Perlu tahu hot issue di JKR dan jadikan ianya topik yang interesting untuk di bincangkan bersama user lain. Sebagai permulaan, individu tersebut juga perlu mewarwarkan soalan yang telah dipostkan kedalam JCoP kepada user atau kawan-kawan yang lain untuk sama-sama berbincang dan bertukar-tukar pendapat di dalam JCoP. Adalah diharapkan setelah beberapa tempoh tertentu, JKR CoP akan mendapat awareness dan buyin daripada staf-staf jkr yang lain.. dan ianya menjadi habit dan budaya di cawangan seterusnya di JKR
Secara berkumpulan (Cawangan, Jawatankuasa etc): Setiap Cawangan perlu mempromosikan JKR CoP melalui penyelaras JCoP Cawangan. SME juga perlu di sedarkan akan kepentingan mereka untuk berkongsi ilmu teknikal dan pengalaman dengan Staf JKR yang lain dan faedah dari perkongsian tersebut.
Mungkin, apabila terdapat satu masalah yang berjaya diselesaikan melalui JCoP, penyelaras JCoP perlu memaklumkan kepada staf yang lain supaya ianya membuktikan bahawa perbincangan di JCoP mampu untuk menyelesaikan masalah dan amalan tersebut perlu diteruskan dari masa ke semasa.
TK