Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) adalah perisian untuk melaksanakan analisis statistik. Di JKR, perisian SPSS banyak digunakan di dalam menganalisis maklumat sumber manusia dan juga kepada pegawai-pegawai JKR yang menyambung pelajaran (Sarjana).
Kaedah terbaik untuk mempelajari SPSS adalah dengan mengetahui serba sedikit berkenaan asas statistik seperti hipotesis, histogram, normality, linearity, t-test, correlation, regression dan sebagainya. SPSS juga ada mengeluarkan manual penggunaan SPSS yang merangkumi tujuan dan keadah analisis statistik dilakukan selain forum, slide, nota yang boleh dilayari di internet.