Pemalsuan maklumat dikira sebagai satu salah laku 'misrepresentation' oleh kontraktor. Pihak puan boleh merujuk Clause 9 Syarat-Syarat Kontrak (Rev 2007) sekiranya penemuan itu selepas Surat Setujuterima telah dikeluarkan. Berpandukan kepada Clause ini pihak kerajaan boleh mengambil tindakan untuk menamatkan kontrak selain laporan kepada CIDB untuk tindakan tatatertib.