Memandangkan kuasa pentadbiran dan pertukaran pegawai sokongan adalah terletak di bawah bidang kuasa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Kerja Raya. Oleh itu, inisiatif Jabatan dengan dibantu input dari cawangan-cawangan berkaitan adalah amat diperlukan untuk memberikan justifikasi keperluan kakitangan sokongan di cawangan masing-masing.
Tanpa inisiatif ini akan menjadikan isu ini terus berlarutan tanpa penyelesaian yang menyeluruh dan memuaskan banyak pihak. Sekarang ini terdapat juga ramai pegawai masih ditempatkan tidak mengikut waran perjawatan yang telah dikeluarkan. Terdapat juga pegawai sokongan yang berada disatu-satu tempat sejak mula dia bekerja lagi hingga hampir pencen.