Inisiatif e-Learning Jabatan Kerja Raya

Sebagai salah satu langkah bagi menggalakkan warga JKR untuk meningkatkan peluang pembelajaran berterusan dan sepanjang hayat, inisiatif e-Learning Jabatan Kerja Raya yang merangkumi tiga modul dari Kompetensi Awam (Jalan & Pavement), Kompetensi SMART Skill dan Kompetensi Awam (Bangunan & Struktur) telah dikenalpasti dan dilaksanakan pada tahun 2017.

Modul-modul tersebut ialah Kompetensi Awam (Jalan & Pavement) yang bertajuk ‘Cara Merawat Jalan Rosak’ yang diketuai oleh En Ir. Mohd Hizam Bin Harun manakala Kompetensi SMART Skill, ‘Value Management Awareness In Public Project’ di bawah seliaan Pn. Sharifah Muna Binti Syed Murtadza. Modul yang ketiga, Kompetensi Awam (Bangunan & Struktur) dengan tajuk ‘Reinforced Concrete: Workmanship Issue at Site Identified During Construction’ diketuai oleh Dr. Sherliza Binti Zaini Sooria.

Projek yang dilaksanakan oleh pihak Sigma Rectrix System (M) Sdn. Bhd. dijangka akan disiapkan pada pertengahan bulan November 2017 sebelum dimajukan kepada pihak Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) pada bulan Januari 2018 untuk dimasukkan ke dalam portal e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA).