Lawatan Kerja Bahagian Teknologi Maklumat UiTM

image2
Pada 11 Jun 2015, CPAB telah menerima satu lawatan kerja daripada 22 orang kakitangan Bahagian Teknologi Maklumat, UiTM Shah Alam. Rombongan tersebut telah diketuai oleh En Zamani Umar Husin, Ketua Juruanalisis Kualiti IT, Bahagian Teknologi Maklumat, UiTM.

Pihak UiTM baru mula melaksanakan program Pengurusan Pengetahuan dan ingin mengetahui dengan lanjut kaedah pelaksanaan program Pengurusan Pengetahuan di JKR Malaysia. Hasil daripada pertemuan ini, kedua-dua pihak bercadang untuk berkolobrasi dalam aktiviti pembudayaan ilmu yang boleh menafaatkan kedua-dua organisasi.