Sesi Temubual Bersama Pengguna Aktif JCoP: En Muham Zaini Hamzah

En Muham Zaini Hamzah merupakan penerima Anugerah Pengguna JCoP Paling Aktif bagi tahun 2015 dan 2016. Beliau kini bertugas di Unit Pembangunan dan Selenggara, Politeknik Merlimau, Melaka. Berikut adalah sesi temubual yang telah dijalankan bersama beliau mengenai Portal JCoP Cafe. 1. Apakah yang mendorong Tuan untuk menggunakan JCoP Cafe? JCoP pada saya adalah satu wadah […]

En Muham Zaini Hamzah merupakan penerima Anugerah Pengguna JCoP Paling Aktif bagi tahun 2015 dan 2016. Beliau kini bertugas di Unit Pembangunan dan Selenggara, Politeknik Merlimau, Melaka. Berikut adalah sesi temubual yang telah dijalankan bersama beliau mengenai Portal JCoP Cafe.

1. Apakah yang mendorong Tuan untuk menggunakan JCoP Cafe?

JCoP pada saya adalah satu wadah yang menjadikan pencarian/perkongsian ilmu sesuatu yang realiti. Pada pandangan saya yang baru menyertai perkhidmatan awam setelah lebih 20 tahun berkerja disektor swasta, JCoP adalah sesuatu yang amat luar biasa.

Dapatan-dapatan dalam kejuruteraan seperti laporan forensik adalah di luar jangkauan dan terpaksa mencari rujukan secara manual dan memakan masa dan kos. Namun semuanya telah tersedia dalam JCoP. Hanya perlu luangkan masa dan baca atau download dan simpan dalam smart phone untuk dibaca semasa santai.

Selain itu terdapat juga peluang untuk berkongsi ilmu dan pengalaman. Sebagai contoh dalam JCop Cafe, paling penting warga boleh bertanya tentang sebarang masalah tanpa ada rasa malu atau perasaan takut menganggu urusan sesiapa. Soalan-soalan ini mungkin akan dijawab oleh sesorang atau beberapa orang yang prihatin berasaskan pengetahuan atau pengalaman atau pemahaman beliau mengenai situasi yang sama atau hampir sama yang telah berjaya di atasi dengan baik atau tidak baik.

Ini adalah penting kerana adalah baik juga untuk berkongsi pengalaman yang ngeri. Contoh kesilapan dalam urusan kewangan sehingga mendapat teguran audit adalahjuga patut menjadi panduan kepada rakan yang lain agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.

2. Apakah faedah yang Tuan perolehi sepanjang menggunakan JCoP Cafe?

Banyak input kejuruteraan terutama dalam bidang forensik dan speksifikasi. Bagi saya hasil kesilapan yang dinyatakan dalam forensik boleh menjadi panduan agar kesilapan yang sama tidak diulangi oleh warga pada masa hadapan.

3. Apakah sumber rujukan yg kerap Tuan gunakan untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan yg Tuan perlukan dalam tugas harian?

  1. JKR Community of Practice
  2. Forensic (Structure & Bridge)
  3. Guides and Standards
  4. WikiPapers

4. Bilakah Tuan menggunakan JCoP Cafe (masa/hari)?

Waktu rehat tengah hari dan Selepas waktu pejabat kerana talian internet akan lebih baik pada ketika itu. Kebetulan saya tinggal amat hampir dengan pejabat, jadi masa sebelah petang selepas waktu pejabat saya boleh digunakan secara santai melayari JCoP.

5. Apakah cadangan yang boleh Tuan berikan bagi menambahbaik JCoP Cafe di masa hadapan?

Mohon dikumpulkan penerbitan teknikal yang bersangkutan dengan kejuruteraan dalam semua disiplin dapat dimuat naik agar memudahkan capaian. terutama seperti Arahan Teknik/garis panduan sama ada yang dikeluarkan oleh JKR atau agensi KKR yang lain seperti LLM/REAM dan sebagainya.

6. Apakah pesanan yang boleh Tuan berikan kepada warga JKR yang masih belum berkesempatan untuk menggunakan JCoP Cafe?

Luangkanlah masa, percayalah walaupun telah lebih 20 tahun berkecimpung secara aktif dalam pembangunan prasarana dan fasiliti pun akan mengkagumi dapatan yang telah digarap dalam JCoP. Bagi yang tidak memerlukan maklumat, luangkanlah masa berkongsi pengalaman dan kecemerlangan pada masa lalu.

Perlu diingat, pengalaman yang baik dapat kita jadikan panduan dan ikutan dan pengalaman yang perit dapat sama kita cuba hindari bagi memastikan kecemerlangan jabatan pada masa yang akan datang.