Unit Enterprise Content & Knowledge Management, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, JKR Malaysia dengan kerjasama Pertubuhan Profesional JKR Malaysia (ProJKRM) akan menganjurkan program Technical Executive Talk (TExT) 1/2018 bertemakan “Knowledge: Key to Continuous Improvement” pada 6 Februari 2018 bertempat di Kompleks Ibu Pejabat JKR Negeri Selangor. TExT 1/2018 akan dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Ir Dr Roslan Md Taha dan dijangka akan dihadiri oleh seramai 150 orang peserta dari JKR dan agensi sektor awam.