Sesi Pembentangan Projek KM Program Pensijilan Pengurus Pengetahuan Bertauliah (Certified Knowledge Manager) 2019 telah berlangsung pada 15 Julai 2019. Program yang diadakan di Menara Kerja Raya dipengerusikan oleh Ir Wan Ibrahim Wan Yusoff, Pengarah Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE) dan dikendalikan oleh Dr Rumesh Kumar dari Knowledge Management Institute, Amerika Syarikat.
Seramai 7 orang Knowledge Manager yang terpilih bagi mengikuti program pensijilan ini telah membentangkan projek KM yang akan/sedang dilaksanakan di pejabat masing-masing. Program ini dianjurkan bagi memberi pendedahan dan kefahaman kepada Knowledge Manager mengenai bidang pengurusan pengetahuan serta teknik dan peralatan (tools) untuk menguruskan pengetahuan dengan berkesan.
Di samping itu juga, Program Pensijilan Pengurus Pengetahuan Bertauliah memberi bimbingan dan panduan kepada para peserta untuk menjadi Knowledge Manager yang kompeten dan berdaftar (certified) dalam bidang pengurusan pengetahuan.
Semoga segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang telah diperolehi oleh para peserta sepanjang program ini berlangsung akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada Jabatan dan negara melalui modal insan berprestasi tinggi yang kreatif dan inovatif.