Hari JCoP Cawangan Arkitek 2015

perserta JCOP CA

Cawangan Arkitek Ibu Pejabat JKR Malaysia telah berjaya mengadakan Hari J-CoP peringkat Cawangan Arkitek pada 16 Jun 2015 di Tingkat 11 Cawangan Arkitek, Menara Tun Ismail Mohamed Ali. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Kanan Cawangan Arkitek, Y.Brs. Ar. Sutina Bt Ghazalli. Program yang merupakan usaha untuk mempromosikan portal J-CoP telah dimeriahkan dengan kehadiran oleh lebih 100 orang warga Cawangan Arkitek.

Majlis yang telah diadakan sepanjang hari dimulakan pada sebelah pagi dengan sesi taklimat “Pengenalan kepada CoPS” oleh Sr. Roznita Bt. Othman dan “Sesi Hands-On J-CoP” serta “Apa itu J-Pedia” oleh En. Khairil Hizar B. Md. Khuzaimah. Sesi sebelah petang bertambah rancak dengan aktiviti Hands-On Pendaftaran J-CoP dan Pengembaraan* Jpedia.

Adalah menjadi harapan Pengarah Kanan Cawanagn Arkitek agar warga Cawangan Arkitek dapat memanfaatkan kemudahan portal ini bagi memperolehi maklumat dan pengetahuan seterusnya dapat membantu JKR terus maju dan berjaya pada masa hadapan. Pendaftaran J-CoP Peringkat Cawangan Arkitek telah berjaya mendaftarkan seramai 102 orang dalam tempoh masa 2 jam. Syabas diucapkan kepada warga Cawangan Arkitek!