Penubuhan Domain Communities of Practice Baru

Sebagai langkah berterusan Jabatan di dalam membudayakan aktiviti berkaitan pengetahuan yang berkaitan inisiatif Pengurusan Pengetahuan di JKR, sebanyak tiga domain baru Communities of Practice (CoPs) telah dibangunkan iaitu CoP Green, CoP Building Information Modelling (BIM) dan CoP Contract Administration. Pada 26 hingga 28 Januari 2016. bertempat di Klana Resort Seremban, seramai 21 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan dari pelbagai displin telah berkumpul untuk membincangkan dan memurnikan pelan strategik bagi domain CoP Green, CoP Building Information Modelling (BIM) dan CoP Contract Administration.

Bagi warga JKR yang berminat untuk menjadi ahli CoP bagi domain di atas ataupun lima domain asal CoP (CoP Project Management, CoP Stakeholder Management, CoP Technical and Contract Administration, CoP Asset and Facilities Management dan CoP Human Resource Management), Tuan/Puan boleh merujuk kepada Portal JCoP @ http://jcop.vms.my untuk maklumat lanjut. Hebahan awal mengenai akvititi CoP akan dimaklumkan melalui emel Jabatan dan Portal JCOP.