Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan Pembudayaan Ilmu (JKPPPI) Bil. 2/2019 telah berlangsung dengan jayanya pada 28 Jun 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Ir Harjit Singh Inder Singh, Pengarah Bahagian Perundingan Pengurusan Aset , Cawangan Perancangan Aset Bersepadu dan dihadiri oleh seramai 33 orang Knowledge Manager JKR dari Ibu Pejabat JKR dan JKR Negeri/Wilayah Persekutuan/KESEDAR.