Mesyuarat Pelaksanaan dan Pemantauan Pembudayaan Ilmu JKR (JKPPPI) Bil. 4/2015

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan Pembudayaan Ilmu JKR (JKPPPI) Bil 4/2015 telah diadakan dengan jayanya pada 1 Disember 2015 bertempat di di Hotel Grand Seasons Kuala Lumpur. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Ir. Ramli Mohd Yusoff, Pengarah Bahagian Perundingan Pengurusan Aset, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu dan dihadiri oleh seramai 27 orang Pengurus Pengetahuan dari seluruh negara.

Mesyuarat dimulakan dengan kata-kata aluan Pengerusi yang kemudiannya disusuli dengan pembentangan minit mesyuarat yang lepas dan perbincangan mengenai perkara-perkara berbangkit. Seterusnya, Pn Samsul Khamariah Hamzah, Pustakawan dari Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat telah membentangkan Laporan Program Persada Minda @ JKR 2015 yang telah diadakan pada 20 dan 21 Oktober 2015 di Dewan Tan Sri Mahfuz Khalid, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan senarai aktiviti Unit ECKM yang telah dijalankan sepanjang tahun 2015 dan diikuti dengan senarai aktiviti yang dijadualkan pada tahun 2016 oleh Sr Roznita Othman. Beliau seterusnya membentangkan Tema 1 JKR Strategic Framework (2016 – 2020) yang berkaitan dengan Pengurusan Pengetahuan di mana Pn Roznita telah menekankan mengenai peranan penting yang perlu dimainkan oleh semua Pengurus Pengetahuan bagi membantu memastikan KPI yang telah ditetapkan dapat dicapai.

Sesi mesyuarat diteruskan dengan pembentangan Laporan Status CoP 2015 dan Kajian Mengenai Knowledge Management Ecosystem oleh En Khairil Hizar Md Khuzaimah dari Unit ECKM, CPAB. Di akhir program, Pengerusi telah menyampaikan kata-kata penutup dan seterusnya menangguhkan mesyuarat.

Lihat galeri gambar mesyuarat