Seminar KConnect 2018 yang bertemakan Leveraging KM Technology For Learning & Knowledge Sharing telah berlangsung dengan jayanya pada 12 Oktober 2018 bertempat di Conference Hall 1, Sasana Kijang, Bank Negara. Seminar sehari ini merupakan acara tahunan anjuran Unit Enterprise Content & Knowledge Management, Bahagian Pengurusan Projek Kompleks, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Jabatan Kerja Raya Malaysia.
Program telah dihadiri oleh seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada wakil-wakil daripada 73 agensi Kerajaan, badan berkanun dan juga swasta. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Kanan CPAB, Pengarah Kanan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan & Teknologi JKR (CREaTE), pegawai-pegawai kanan Jabatan Kerja Raya serta Knowledge Managers dari JKR Cawangan dan Negeri
Majlis di sebelah pagi dimulakan dengan ucapan pembukaan dan perasmian oleh YBrs. Ir Ab. Hamid bin Hj. Md. Daud, Pengarah Kanan CPAB. Seminar ini kemudiannya diteruskan dengan pembentangan kertas kerja pertama yang disampaikan oleh Mr. Maik Fuellmann dari The Institude for Knowledge Management and Innovation Bangkok University and CEO of QUIZZBIZZ, Hong Kong bertajuk KM in the Era of IR 4.0 manakala kertas kerja kedua telah disampaikan oleh Mr. Chris Haylock dari Collaboration and Talent Solutions, IBM Australia bertajuk The Human Dimension of KM.
Kemudian program diteruskan lagi dengan sesi Ignite with the Panelists bersama tiga (3) panel iaitu YBrs. Prof. Dr. Mohamed Ridza bin Wahiddin dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Ir. Dr. Megat Zuhairy bin Megat Tajuddin dari Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pn. Wan Noraini binti Abdul Rahman dari Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dengan tajuk Making KM Digital, Smart & Engaging.
Disebelah petang pula diadakan Sesi Knowledge Exchange (KX) Games di mana para peserta diperkenalkan dengan teknologi dalam pengurusan pengetahuan melalui teknik-teknik dan aplikasi atas talian dan digunakan secara interaktif sepanjang sesi berlansung.
Seminar ini diakhiri dengan sesi rumusan dan penutup yang telah disampaikan oleh YBhg.Dato’ Dr. Zaiton Binti Osman dari Knowledge Connections Sdn. Bhd. Adalah diharapkan seminar ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta dalam memupuk semangat perkongsian pengetahuan untuk memastikan prestasi organisasi masing-masing terus meningkat.
Galeri gambar: Seminar KConnect 2018