Program Expert Talk Series Jabatan Kerja Raya

Sebagai salah satu daripada inisiatif utama program Pengurusan Pengetahuan JKR, program JKR Expert Talk Series telah dijalankan pada tahun ini di mana dua orang pakar Jabatan Kerja Raya Malaysia iaitu Sr Amran Mohd Majid dari Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan dan Ir Mohd Noor Azudin Mansor telah dijemput untuk berkongsi ilmu kepakaran dan pengalaman masing-masing.

Sesi rakaman video Expert Talk Series bersama Ir Mohd Noor Azudin Mansor berlangsung pada 14 September 2017 di CREaTE, Alor Gajah, Melaka. Topik yang dibentangkan oleh beliau adalah berkenaan ‘Concrete Works’. Manakala sesi rakaman bersama Sr Amran Mohd Majid dengan tajuk ‘Penilaian Tuntutan Akibat dari Lanjutan Masa’ telah dijalankan pada 18 September 2017 di Menara TIMA, Kuala Lumpur dan dikendalikan oleh pihak vendor luar yang dilantik iaitu  syarikat Aquila Emas Sdn Bhd.