Seminar KConnect 2016a

opening speech
Satu seminar Pengurusan Pengetahuan yang berfokuskan Communities of Practice (CoP), KConnect 2016 telah dianjurkan oleh Unit ECKM CPAB dan Knowledge Connections Sdn. Bhd. (KCSB) pada 17 Mei 2016, di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia. Seminar separuh hari ini telah dihadiri oleh lebih 100 orang peserta dari agensi Kerajaan, akademia dan badan berkanun.

Objektif seminar ini adalah untuk  berkongsi pengalaman dalam pelaksanaan Pengurusan Pengetahuan, termasuk  pembangunan CoP.  Kelainan yang ada pada seminar ini adalah dari aspek penggunaan teknik dalam menyampaikan maklumat dan pengetahuan  iaitu, selain daripada pembentangan kertas kerja, peserta juga telah didedahkan kepada teknik  “Fishbowl” ,  “Knowledge Café” dan  grafik visual.

Seminar ini bermula pada jam 9.00 pagi dengan ucapan perasmian yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ir.Dr.Hasnul Mohamed Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan). Seminar ini diteruskan dengan Dua (2) kertas kerja telah dibentangkan, iaitu, Prof. Dr. Mohamed Ridza bin Wahiddin daripada Universiti Islam Malaysia, bertajuk “Cultivating Communities of Practice in the Academia” dan Dr. SV Lingam daripada Paradigm Sdn. Bhd , bertajuk “An Overview of Factors Influencing Knowledge Sharing in Organisations”.

fishbowl
Sesi yang seterusnya adalah Pengalaman pelaksanaan CoP dan inisiatif Pengurusan Pengetahuan JKR yang telah dikongsikan oleh Sr Roznita Othman di sesi “Fishbowl”. Lain-lain ahli panel terdiri daripada Kol. Zulkefli Abdullah daripada UPNM, En. Ahmad Khairuddin A. Rahim daripada MIDA dan Pn. Geeta Albert daripada KCSB.

Peserta juga telah berinteraksi sesama sendiri di sesi Knowledge Café untuk bertukar pengalaman dalam isu berikut:

  • Kaedah Perkongsian Pengetahuan yang diguna oleh  organisasi
  • Strategi mengelakkan kehilangan pengetahuan di organisasi

Di akhir sesi ini, dua (2) orang peserta telah dipilih untuk membentangkan hasil perbincangan yang telah diadakan.

Seminar ini juga telah mengadakan Pertandingan Poster yang disertai oleh JKR, MIDA, UIA, Knowledge Connections, Perpustakaan Negara, Praktis Sdn. Bhd., Myriadeas Sdn. Bhd. Poster dinilai dari segi rupabentuk dan kandungan maklumat yang disampaikan. Pemenang-pemenangnya adalah JKR, MIDA dan UIA.

Seminar ini diakhiri dengan sesi rumusan dan penutup yang telah disampaikan oleh Dato’ Dr. Zaiton Osman, Perunding Prinsipal KCSB. Seminar ini diharapkan telah memberi menafaat kepada semua peserta dari segi penggunaaan kaedah dan teknik pengurusan pengetahuan semoga budaya perkongsian ilmu di sektor awam dapat dipupuk.