Sesi Temubual Bersama Pengguna Aktif JCoP: En Tan Chee Kean

En Tan Chee Kean merupakan penerima Anugerah Pengguna JCoP Paling Aktif bagi tahun 2016 dan 2017. Beliau kini bertugas di Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Berikut adalah sesi temubual yang telah dijalankan bersama beliau mengenai Portal JCoP Cafe.

1. Apakah yang mendorong Tuan untuk menggunakan JCoP Cafe?

JCoP Cafe merupakan satu platform dimana semua lapisan jawatan dan bidang dapat menyumbangkan pandangan, idea dan soalan tanpa bersemuka dengan sesiapa pun melainkan hanya perlu berdaftar dan terus dengan penggunaannya, terutama bagi mereka yang akan menjadi nervous apabila berdialog didepan pegawai lain. Di samping itu ia tiada birokrasi yang terlalu ketat dalam penggunaannya dan prosesnya ia juga mudah. JCoP akan menjadi platform yang bagus untuk semua pegawai untuk membentang apa-apa isu berkaitan dengan masalah kerja serta perkara yang memusykilkan tugasan harian mereka.

2. Apakah faedah yang Tuan perolehi sepanjang menggunakan JCoP Cafe?

JCoP Cafe merupakan platform yang bagus bagi semua pegawai untuk memperolehi ilmu baru dengan merujukkan kepada soalan dan jawapan yang dibentang mengikut bidang masing-masing. Ia juga bagus dijadikan satu platform untuk membuat perbincangan jika tertimbulnya sesuatu isu atau masalah, kerana dalam café ini status jawatan, kedudukan tempat bertugas dan bidang tidak lagi menjadi halangan.

3. Apakah domain JCoP Cafe yang kerap Tuan lawati?

Tidak tentu, terpulang kepada keperluan semasa atau ketika ada isu yang perlu disoalkan demi mendapat jawapan yang optimum.

4. Bilakah Tuan menggunakan JCoP Cafe (masa/hari)?

Tidak tentu, terpulang kepada keperluan semasa dan ketika ada ruang masa yang mengizinkan.

5. Apakah cadangan yang boleh Tuan berikan bagi menambahbaik JCoP Cafe di masa hadapan?

Pada pandangan saya demi menjadikan JCoP Café itu menjadi lebih menarik dan mesra penggunaan, kesemua soalan yang dibentangkan harus diberikan jawapan yang bersesuian melalui AJK masing-masing mengikut bidang, kerana setiap soalan yang dibentang mesti ada sebab dan kemusykilannya. Penghargaan yang bersesuian harus diberikan kepada mereka yang aktif pengguaan dengan naik ingin berkongsi dan memberi pandangan.

6. Apakah pesanan yang boleh Tuan berikan kepada warga JKR yang masih belum berkesempatan untuk menggunakan JCoP Cafe?

Dengan mengadakan roadshow dan forum perbincangan terhadap soalan bagus yang telah dibentangkan supaya warga baru diberi pendedahan demi memupukkan minat mereka. Mungkin juga boleh menjadikan ia sebahagian dari SKT tahunan.