Bengkel Project Lessons Learned JKR Malaysia

Beberapa siri bengkel Project Lessons Learned telah diadakan pada bulan Oktober 2018 sebagai langkah berterusan yang diambil oleh pihak Jabatan untuk mendokumentasikan pembelajaran projek bagi manfaat bersama. Semasa sesi bengkel, para peserta akan didedahkan mengenai tatacara penyediaan Project Lessons Learned yang teratur dan menyeluruh dengan menggunakan templat yang telah disediakan termasuk Project Lessons Learned Checklist, Borang Project Lessons Learned dan After Action Review.

Pada 9 Oktober 2018, pasukan Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia yang diketuai oleh Ar Azman Md Hashim dengan bimbingan Unit ECKM telah mengadakan bengkel Project Lessons Learned selama sehari. Ini diikuti dengan bengkel yang diadakan di JKR Wilayah Persekutuan Labuan pada 15 dan 16 Oktober 2018 dan JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 18 hingga 20 Oktober 2018.

Project Lessons Learned merupakan salah satu daripada inisiatif utama program Pengurusan Pengetahuan JKR Malaysia. Sejak ianya mula diperkenalkan, kini terdapat lebih daripada 115 dokumen Project Lessons Learned yang telah disediakan oleh JKR Ibu Pejabat/Negeri. Warga Jabatan yang berminat untuk membaca dokumen tersebut boleh berbuat demikian dengan melawati Portal JPedia @ https://bit.ly/2GJnfgv.