Lawatan Penandaarasan Pengurusan Pengetahuan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Foto kenangan delegasi MQA bersama Dr Khairil Hizar Md Khuzaimah, Ketua Unit ECKM

Unit Enterprises Content & Knowledge Management, CPAB telah menerima lawatan delegasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 9 November 2018. Lawatan yang diketuai oleh Pn Noor Hazirah Mohamed Yunus, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pentadbiran, MQA dan disertai bersama 4 orang pegawai bertujuan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program Pengurusan Pengetahuan di JKR Malaysia yang mula dilaksanakan sejak tahun 2008.

Sr Dr Khairil Hizar Md Khuzaimah, Juruukur Bahan Penguasa, Unit ECKM telah menyampaikan taklimat ringkas berkenaan pelaksanaan Pengurusan Pengetahuan di JKR dan seterusnya diikuti dengan sesi penerangan dan demo secara langsung mengenai beberapa inisiatif Pengurusan Pengetahuan termasuk Portal JPedia, Portal JCoP Cafe, Project Lessons Learned dan e-Learning. Program diteruskan dengan sesi soal jawab sebelum diakhiri dengan sesi lawatan ke pejabat Unit ECKM, CPAB yang terletak di Tingkat 28, Menara PJD.