Bengkel Knowledge Assessment JKR

Bengkel Knowledge Assessment yang melibatkan empat Cawangan Ibu Pejabat JKR Malaysia telah diadakan pada 28 dan 29 Ogos bertempat di CREaTE. Program yang dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan dan Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan bertujuan untuk mengenalpasti inventori dan jurang aset pengetahuan serta isu-isu berkaitan ketersediaan dan kebolehaksesan pengetahuan (knowledge availability and accessibility).

Bengkel selama dua hari ini telah dikendalikan oleh Pn Geeta Albert bersama pasukannya dari syarikat Knowledge Connections Sdn. Bhd. Hasil daripada analisa ke atas dapatan bengkel yang akan dihasilkan termasuk Analisa Keperluan Pengetahuan (Knowledge Need Analysis), Analisa Inventori Pengetahuan (Knowledge Inventory Analysis) dan Senarai Halangan kepada Pengurusan Pengetahuan (Knowledge Management Barriers).