Bengkel Pemantapan Portal JPedia dan JCoP Bil. 1/2020 di CREaTE, Alor Gajah, Melaka

Bengkel Pemantapan Portal JPedia dan JCoP Bil. 1/2020 yang melibatkan 16 orang peserta dari Ibu Pejabat JKR Malaysia dan JKR Negeri telah diadakan di CREaTE pada 3 Februari 2020. Program anjuran bersama CREaTE dan Unit ECKM, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu dikendalikan oleh Sr Dr. Khairil Hizar Md Khuzaimah, Ketua Unit ECKM, CPAB dan dibantu oleh En. Mohammad Syahmi Abdullah.

 

Bengkel sehari ini diadakan bertujuan untuk memberi kefahaman kepada peserta mengenai Portal JPedia dan JCoP sebagai antara inisiatif utama Pengurusan Pengetahuan di JKR Malaysia. Sesi hands-on bagi mengemaskini kandungan Portal JPedia telah diadakan pada sebelah pagi dan diikuti dengan Portal JCoP pada sebelah petang.

Muat turun nota bengkel di Portal JPedia: http://jpedia.jkr.gov.my/index.php/CREaTE:_Kompetensi_Smart_Skills