Program Expert Talk Series Jabatan Kerja Raya Malaysia

Dua video Expert Talk Series telah dihasilkan pada tahun 2019 di bawah program Pengurusan Pengetahuan JKR Malaysia di mana inisiatif ini merupakan sebahagian daripada langkah berterusan Jabatan bagi memastikan repostitori pengetahuan kritikal diuruskan dengan sistematik dan bersepadu.

Video “Pengurusan Tenaga Dalam Bangunan” yang disampaikan oleh Ir Dr Abdul Murad Zainal Abidin, Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal dan “Kepentingan Konservasi Bangunan Warisan (Significance of Heritage Building Conservation)” oleh Dr Mohd Sabere Sulaiman, SME Konservasi, Cawangan Arkitek kini boleh diakses melalui Portal JPedia di rantaian berikut: https://bit.ly/2qJYeuq

Di samping itu, kedua-dua video tersebut turut dimuatnaik ke Portal E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA), INTAN. Semoga video yang dihasilkan dapat memberi manfaat dan meningkatkan profesionalisme semua warga Jabatan.

“Pengurusan Tenaga Dalam Bangunan” oleh Ir Dr Abdul Murad Zainal Abidin
“Kepentingan Konservasi Bangunan Warisan (Significance of Heritage Building Conservation)” oleh Dr Mohd Sabere Sulaiman