Program KM Exchange 2018: Showcasing Knowledge Management in Malaysia telah diadakan pada 5 April 2018 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid. Seminar sehari anjuran Members of Kuala Lumpur KM Roundtable yang julung-julung kali diadakan ini telah berjaya menarik seramai 80 orang peserta dari pelbagai agensi dalam dan luar negara termasuk 15 orang peserta dari JKR Malaysia.
Ketua Unit ECKM, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Sr Roznita Othman telah mewakili JKR untuk berkongsi pengalaman pihak Jabatan dalam melaksanakan inisiatif Communities of Practice sejak dari tahun 2013. Di samping JKR, pengurus pengetahuan dari International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF), Jabatan Kerja Raya, Institut Sukan Negara, PETRONAS, Shell, Securities Commissions Malaysia dan Bank Negara turut sama terlibat dalam membentangkan inisiatif Pengurusan Pengetahuan di agensi masing-masing.
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai teknik di dalam bidang pengurusan pengetahuan termasuk kajian kes, peer assist, KM clinic dan perbincangan fishbowl. Di samping itu, para peserta juga berpeluang untuk menilai tahap kematangan pelaksanaan pengurusan pengetahuan di organisasi masing-masing melalui aktiviti interaktif KM Self Assessment Exercise.