Lawatan Penandaarasan Perpustakaan Negara Malaysia

Pada 6 April 2018, Unit ECKM, CPAB telah menerima kunjungan daripada pihak Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) yang diketuai oleh Pn. Aidatul Hasnida Abdul Rani, Ketua Bahagian Pengurusan Projek Digital. Lawatan penandaarasan oleh delegasi PNM seramai 15 orang bertujuan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan proses pembangunan dan pelaksanaan program Pengurusan Pengetahuan yang telah dijalankan di JKR sejak dari tahun 2008.

Sr Dr Khairil Hizar Md Khuzaimah, Juruukur Bahan Penguasa, Unit ECKM telah menyampaikan taklimat ringkas berkenaan pelaksanaan Pengurusan Pengetahuan di JKR dan diikuti dengan sesi penerangan mengenai beberapa inisiatif Pengurusan Pengetahuan termasuk Portal JPedia, Portal JCoP, Project Lessons Learned dan e-Learning.

Seterusnya program diteruskan dengan sesi soal jawab sebelum diakhiri dengan sesi lawatan ke pejabat Unit ECKM, CPAB yang terletak di Tingkat 28, Menara PJD.