Kursus “Pelaksanaan Sistem Pengurusan Alam Sekitar (SPAS) di JKR Malaysia” kini di Portal EPSA

Kursus baharu e-Pembelajaran JKR Malaysia bertajuk “Pelaksanaan Sistem Pengurusan Alam Sekitar (SPAS) di JKR Malaysia” yang dibangunkan oleh Jabatan Kerja Raya kini telah ditawarkan di portal e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA).

Sehingga kini, JKR Malaysia telah membangunkan sebanyak 19 kursus e-Pembelajaran (EPSA) antaranya termasuk “Pengenalan Kepada Redaan Trafik”, “Aplikasi Penarafan Hijau PhJKR (Sektor Bangunan)”, “Pengenalan Pengurusan Projek” “Pengenalan Kepada Sistem Pengurusan Tenaga (SPT) JKR Malaysia“ dan “Pengenalan ACAT Dalam Pengurusan Projek”.

e-Pembelajaran merupakan sebahagian daripada inisiatif teras program strategik Enterprise Content & Knowledge Management yang dibangunkan bagi meningkatkan kapasiti dan keupayaan pengetahuan organisasi ke arah memperkasa produktiviti modal insan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan jabatan.

Portal EPSA boleh diakses sepanjang masa melalui komputer, tablet dan telefon pintar. Layari Portal EPSA hari ini di https://www.epsa.gov.my/