Kursus “Pengenalan Kepada Redaan Trafik” kini di Portal EPSA

Kursus baharu e-Pembelajaran JKR Malaysia bertajuk “Pengenalan Kepada Redaan Trafik” yang dibangunkan oleh Jabatan Kerja Raya kini telah ditawarkan di portal e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA).

Kursus Pengenalan Kepada Redaan Trafik mengandungi enam (6) isi kandungan yang akan memperkenalkan anda kepada enam (6) jenis redaan trafik iaitu jalur rentas kuning. jalur bergetar, bulatan, bonggol. halaju panduan dan lampu kuning amaran.

Sehingga kini, JKR Malaysia telah membangunkan sebanyak 18 kursus e-Pembelajaran (EPSA) antaranya termasuk “Aplikasi Penarafan Hijau PhJKR (Sektor Bangunan)”, “Pengenalan Pengurusan Projek” “Pengenalan Kepada Sistem Pengurusan Tenaga (SPT) JKR Malaysia“ dan “Pengenalan ACAT Dalam Pengurusan Projek”.

e-Pembelajaran merupakan sebahagian daripada inisiatif teras program strategik Enterprise Content & Knowledge Management yang dibangunkan bagi meningkatkan kapasiti dan keupayaan pengetahuan organisasi ke arah memperkasa produktiviti modal insan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan jabatan.

Portal EPSA boleh diakses sepanjang masa melalui komputer, tablet dan telefon pintar. Layari Portal EPSA hari ini di https://www.epsa.gov.my/