Sambutan Persada Minda @ JKR 2023

Sambutan program Persada Minda @ JKR 2023 yang bertemakan “Semarak Sukan, Badan Sihat, Minda Cerdas” telah diadakan pada 15 Ogos 2023 di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya Malaysia. Persada Minda @ JKR merupakan program pembudayaan ilmu Jabatan yang dilaksanakan secara tahunan bermula dari tahun 2010 dan berperanan sebagai wadah kepada warga JKR untuk meneroka dan menyemarakkan ilmu melalui sesi perkongsian dan aktiviti berteraskan ilmu pengetahuan.

Program Persada Minda @ JKR 2023 telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya dan turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Zulkipli Bin Haji Nasri, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), YBrs. Sr Amran Bin Hj. Mohd Majid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), YBrs. Ir. Hj. Badioezaman Bin Ab Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), YBhg. Dato’ Ir. Ts. Hj. Masri Bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, YBhg. Dato’ Ir. Roslan Bin Ismail, Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu dan Pegawai-Pegawai Kanan JKR serta para jemputan.