Penganjuran Program Seminar KCoNNect2019 di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Ucapan Dasar disampaikan oleh Prof. Tan Sri Dato Dzulkifli Abdul Razak

Seminar KCoNNect2019 telah berlangsung pada 28 Ogos 2019 bertempat di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bukit Kiara. Program yang mengumpulkan seramai 200 orang pengamal pengetahuan ini menyediakan platform perkongsian pengetahuan dan pengalaman mengenai inisiatif Communities of Practice dan Pengurusan Pengetahuan amnya.

Dengan bertemakan “Delivering Value: KM for Sustainable Performance”, program dimulakan dengan ucapan dasar oleh Prof. Tan Sri Dato Dzulkifli Abdul Razak, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang bertajuk Knowledge for Performance Delivery. Program diteruskan dengan sesi interaktif tiga orang panelis di mana Sr Dr. Khairil Hizar Md Khuzaimah, Ketua Unit Enterprise Content and Knowledge Management, JKR Malaysia telah berkongsi pengalaman JKR dalam melaksanakan inisiatif Portal JCoP Cafe dan Project Lessons Learned.

Sesi Knowledge Cafe – Explore, Strategise, Enable, Cultivate & Evaluate

Pada sebelah petang, peserta berpeluang untuk berinteraksi dengan fasilitator berpengalaman melalui program “Explore, Strategise, Enable, Cultivate & Evaluate: A Knowledge Cafe Session – Implementation Insights with KM Practitioners”. Semoga pengisian seminar kali ini memberi manfaat kepada semua pengamal pengetahuan yang hadir.

Muat turun slaid pembentangan