Poster ECKM JKR di KConnect16

Bersempena dengan Seminar KConnect16 yang telah berlangsung pada 17 Mei 2016, pihak JKR Malaysia melalui Unit ECKM telah menghantar satu poster yang menerangkan program Pengurusan Pengetahuan di JKR. Poster tersebut telah dipilih oleh peserta yang hadir untuk menerima Anugerah Poster Terbaik (Keseluruhan). Tahniah diucapkan!

Poster KConnect

Bersempena dengan Seminar KConnect16 yang telah berlangsung pada 17 Mei 2016, pihak JKR Malaysia melalui Unit ECKM telah menghantar satu poster yang menerangkan program Pengurusan Pengetahuan di JKR. Poster tersebut telah dipilih oleh peserta yang hadir untuk menerima Anugerah Poster Terbaik (Keseluruhan). Tahniah diucapkan!

Kertas Kerja ECKM, JKR Malaysia Diiktiraf Terbaik di 20th Pacific Association of Quantity Surveyors Congress (PAQS), Christchurch, New Zealand

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan ECKM dari Cawangan Perancangan Aset Bersepadu JKR Malaysia, terutama pembentang kertas kerja En. Khairil Hizar Md Khuzaimah dan ketua pasukan, Sr Roznita Othman di atas kejayaan dianugerahkan “Best Paper Award (Practitioner)” di persidangan PAQS yang telah diadakan di New Zealand pada 23 dan 24 Mei 2016. Persidangan PAQS yang bertemakan […]

PAQS2

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan ECKM dari Cawangan Perancangan Aset Bersepadu JKR Malaysia, terutama pembentang kertas kerja En. Khairil Hizar Md Khuzaimah dan ketua pasukan, Sr Roznita Othman di atas kejayaan dianugerahkan “Best Paper Award (Practitioner)” di persidangan PAQS yang telah diadakan di New Zealand pada 23 dan 24 Mei 2016.

Persidangan PAQS yang bertemakan “Building for the Future – a Global Dilemma” telah berlangsung di Air Force Museum, Christchurch, New Zealand dan dihadiri oleh seramai 430 orang peserta. PAQS merupakan satu persatuan antarabangsa yang mewakili Juruukur Bahan di rantau Asia Pasifik di mana ahli-ahlinya terdiri daripada 13 buah negara termasuk China, Jepun, Hong Kong, Singapura, Australia, New Zealand, Kanada, Afrika Selatan, Brunei, Sri Lanka, Fiji dan Malaysia.

IMG-20160524-WA0004

Sebanyak 40 kertas kerja telah diterima oleh penganjur dan 20 daripadanya telah dibentangkan semasa sesi persidangan berlangsung. Dua orang pegawai JKR iaitu En Khairil Hizar Md Khuzaimah dan Pn Annuryani Mohamed Raihan telah membentangkan kertas kerja masing-masing yang bertajuk “Empowering AEC Professionals towards High Performance and Excellence via Communities of Practice and Knowledge Networks: Case Study of the Public Works Department of Malaysia” dan “Building for the Future; a Global Dilemma – Refurbishing the Old, TRansforming It into Hipster”.

Sesunguhnya segala usaha yang telah dilaksanakan dalam membangunkan program ECKM seperti CoP, JCoP dan JPedia untuk membudayakan penggunaan pengetahuan dalam kerja seharian telah menampakkan hasilnya sehingga diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam bentuk kertas kerja terbaik persidangan. Segala usaha ECKM untuk membudayakan Pengurusan Pengetahuan di JKR amatlah dihargai. Di dalam dunia tanpa sempadan ini yang berteraskan maklumat, peranan yang telah dan sedang aktif dimainkan oleh Unit ECKM JKR adalah merupakan sebagai satu dari resepi utama survival JKR dalam peranannya sebagai agensi pelaksana projek utama dan penasihat teknikal Kerajaan. Syabas diucapkan.

JCoP Newsletter #3

Newsletter JCoP #3 – Masalah untuk melihat paparan lengkap? Lihat di dalam Laman JCoP Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan Pembudayaan Ilmu JKR (JKPPPI) Bil 2/2015 Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan Pembudayaan Ilmu JKR (JKPPPI) Bil 2/2015 telah diadakan pada 12 Jun 2015 di Bilik Mesyuarat Zamrud, Aras 2, Blok G, Ibu Pejabat JKR. Mesyuarat tersebut […]

Newsletter JCoP #3 – Masalah untuk melihat paparan lengkap?

Lihat di dalam Laman JCoP





Mesy JKPPPI

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan Pembudayaan Ilmu JKR (JKPPPI) Bil 2/2015

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan Pembudayaan Ilmu JKR (JKPPPI) Bil 2/2015 telah diadakan pada 12 Jun 2015 di Bilik Mesyuarat Zamrud, Aras 2, Blok G, Ibu Pejabat JKR. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ir Hj Mohd Daud Harun dan telah dihadiri oleh seramai 20 orang Pengurus Pengetahun di peringkat Ibu Pejabat dan JKR Negeri. info selanjutnya ›

Lain-lain berita










 

Artikel Pilihan

line2
Sr Amran

Kes Pertama CIPAA (The Construction Industry Payment and Adjudication Act)

Satu kes yang berkaitan dengan akta CIPA 2012 telah dirujuk ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini berkaitan dengan ruang lingkup Akta CIPA 2012. Kes ini merupakan kes yang pertama melibatkan Akta CIPA 2012. Alasan penghakiman yang telah disediakan oleh Y.A. Hakim Mahkamah Tinggi bagi kes ini … baca seterusnya ›

Sr Amran Majid



Rentetan Diskusi Pilihan JCoP Cafe

Keperluan mewujudkan Garis Panduan Pengurusan Projek Bangunan Warisan. Perlu atau tidak?

JKR banyak terlibat dalam pelaksanaan projek-projek berkaitan pemuliharaan bangunan warisan. Dalam melaksanakan projek-projek sedemikian ianya melibatkan perundangan seperti Akta Warisan Kebangsaan 2005 dan Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan 2012 oleh Jabatan Warisan.

baca seterusnya ›

Saiful Fazli Ramli

Saiful Fazli Ramli

Pencemaran daripada Tapak Bina

Kebanyakkan projek projek samada daripada JKR sendiri mahupun pihak swasta amat mengambil ringan mengenai pencemaran yang terhasil dari Tapak pembinaan. Antara pencemaran yang sering berlaku adalah habuk habuk akibat daripada pembersihan bangunan yang hampir siap, lumpur dan kesan tanah di laluan keluar masuk projek…

baca seterusnya ›

Ismail Hanafi

Ismail Hanafi

Keperluan OKU di dalam rekabentuk bangunan kerajaan

Adakah anda mengambil kira keperluan OKU di dalam rekabentuk bangunan kerajaan ? Jika ya, apakah dokumen atau pekeliling yang menjadi rujukan anda?

baca seterusnya ›

Meor Shahrullizam

Meor Shahrullizam


Rujukan Utama Di Dalam Memulakan CoP

KM CoP MAMPU

Panduan Pembangunan KM CoP Sektor Awam

Panduan ini telah diterbitkan oleh MAMPU dalam tahun 2012. Pihak JKR telah terlibat dalam penggubalan panduan ini.

Starter Kit CoP JKR

Starter Kit for Community of Practice (CoP) JKR

Starter Kit CoP JKR telah diterbitkan sempena pelancaran CoP JKR pada 24 November 2013.

Antara Yang Menarik di JCoP

Dapatkan feeds daripada JCoP Cafe secara automatik!

Untuk mengakses laman JCoP dan feeds terkini dengan mudah melalui telefon pintar dan tablet, anda boleh melakukannya menggunakan aplikasi Feedly yang boleh dimuat turun samada melalui Apple iTunes ataupun Google Play Store.

baca seterusnya ›

Koleksi buku baru di Unit Perpustakaan dan Sumber JKR

Unit Perpustakaan dan Sumber JKR telah mengeluarkan senarai buku baru bagi bulan Mei 2015. Dapatkan senarai buku tersebut di rantaian yang berikut…

baca seterusnya ›

Portal JPedia JKR: Pembelajaran daripada projek

Laporan Amalan Terbaik Projek Naiktaraf Hospital Kuala Lumpur

Penerbitan Laporan ini adalah untuk berkongsi pengalaman ahli pasukan projek semasa pelaksanaan projek tersebut. Ianya boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan kepada pasukan projek lain untuk menambahbaik dan memantapkan…

baca seterusnya ›

 

Aktiviti Pembudayaan Ilmu akan datang

Pengguna Aktif JCoP (Januari – Jun 2015)

Aidzil Adzahar

Nama Aidzil Adzahar bin Ahmad
Gred J52
Tempat bertugas Cawangan Arkitek
Tarikh daftar pengguna 27 Oktober 2014
Bilangan posting 84 (6 Soalan, 58 jawapan & 20 komen)
Jumlah skor 14,090 (sehingga 30 Jun 2015)

Statistik JCoP

Page Views

Page views di antara 1 April 2015 hingga 30 Jun 2015

Pengguna JCoP

Bil. pengguna berdaftar di antara 1 April 2015 hingga 30 Jun 2015

5Tags

Lima tags yang paling popular sehingga 30 Jun 2015

Kami mengalu-alukan maklumbalas dan pandangan anda.
Sila emelkan kepada:

Sr Roznita Othman

Cawangan Perancangan
Aset Bersepadu
Ibu Pejabat JKR Malaysia

 

Koleksi buku baru di Unit Perpustakaan dan Sumber JKR

Unit Perpustakaan dan Sumber JKR telah mengeluarkan senarai buku baru bagi bulan Mei 2015. Dapatkan senarai buku tersebut di rantaian yang diberikan: http://jpedia.jkr.gov.my/index.php/File:Senarai_buku_baru_Perpustakaan_(Mei_2015).pdf Selain itu, Unit Perpustakaan dan Sumber JKR turut menyediakan  sumber rujukan elektronik untuk kemudahan semua. Untuk itu, sila layari laman web berikut: http://ups.jkr.gov.my/web/guest/e-resources Tempahan buku boleh dibuat melalui emel kepada [email protected] atau […]

Unit Perpustakaan dan Sumber JKR telah mengeluarkan senarai buku baru bagi bulan Mei 2015. Dapatkan senarai buku tersebut di rantaian yang diberikan:
http://jpedia.jkr.gov.my/index.php/File:Senarai_buku_baru_Perpustakaan_(Mei_2015).pdf

Selain itu, Unit Perpustakaan dan Sumber JKR turut menyediakan  sumber rujukan elektronik untuk kemudahan semua. Untuk itu, sila layari laman web berikut:
http://ups.jkr.gov.my/web/guest/e-resources

Tempahan buku boleh dibuat melalui emel kepada [email protected] atau talian telefon 03 26107032 / 7031 / 7034

Dapatkan feeds daripada JCoP Cafe secara automatik!

Untuk akses laman JCoP dan feeds terkini dengan mudah melalui telefon pintar dan tablet, anda boleh melakukannya menggunakan aplikasi Feedly yang boleh dimuat turun samada melalui Apple iTunes ataupun Google Play Store. Langkah-langkah- Muat turun dan install melalui link berikut:  Apple iTunes https://itunes.apple.com/us/app/feedly.-your-rss-news-reader./id396069556?mt=8  Google Play Store https://play.google.com/store/apps/details?id=com.devhd.feedly&hl=en Apabila Feedly telah berjaya dipasang (installed), login ke […]

Untuk akses laman JCoP dan feeds terkini dengan mudah melalui telefon pintar dan tablet, anda boleh melakukannya menggunakan aplikasi Feedly yang boleh dimuat turun samada melalui Apple iTunes ataupun Google Play Store.

Langkah-langkah-

  1. Muat turun dan install melalui link berikut:
  1. Apabila Feedly telah berjaya dipasang (installed), login ke http://feedly.com/ (sama ada dengan menggunakan akaun Google atau Facebook)
  1. Setelah berjaya login, klik “Add Content” di menu sebelah kiri di dalam Feedly.
  1. Copy dan paste ke dalam ruangan “Add Content”, mana-mana link untuk laman seperti berikut:
  1. Apabila Feedly menemui dan memaparkan maklumat ringkas mengenai halaman JCoP Cafe yang dipilih, klik tanda “+” di sebelah kanan
  1. Seterusnya klik “Create new collection” di menu sebelah kiri yang dipaparkan
  1. Taip “JCoP” dan klik “Create
  1. Tahniah! RSS feeds untuk JCoP telah berjaya ditambah ke aplikasi Feedly tuan/puan (tanda “+” akan bertukar menjadi “added“)
  1. Selepas ini, sebarang posting JCoP Café sama ada soalan atau jawapan daripada pengguna, akan disalurkan secara automatik ke dalam aplikasi Feedly.