Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan Pembudayaan Ilmu (JKPPPI) Bil. 4/2017 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Zamrud, Menara Kerja Raya (Blok G) pada 30 November 2017. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBrs. Sr Roznita Othman, Ketua Program Pengurus Pengetahuan JKR Malaysia dan dihadiri oleh seramai 29 orang Pengurus Pengetahuan. Di antara kertas kerja yang dibentangkan termasuk Laporan Aktiviti Communities of Practice (CoP) JKR dan Kalendar Aktiviti ECKM 2018.
Maklumat lanjut berkenaan dengan kertas kerja yang dibentangkan boleh didapati di portal JPedia – Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan & Pemantauan Pembudayaan Ilmu (JKPPPI) Bil. 4/2017