Pembentangan Projek Certified Knowledge Manager (CKM) JKR Malaysia

Sesi pembentangan Projek Certified Knowledge Manager (CKM) telah berlangsung dengan jayanya pada 30 November 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Berlian, Menara Kerja Raya. Program ini adalah lanjutan daripada kursus dan sesi peperiksaan CKM JKR Malaysia yang telah diadakan pada 25 – 29 September dan 16 Oktober 2017 di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE).

Sesi pembentangan telah dipengerusikan oleh Pengarah Kanan CREaTE, YBrs. Ir Dr. Che Hassandi Abdullah dan turut dihadiri oleh YBrs. Sr Roznita Othman, Ketua Program Pengurus Pengetahuan Jabatan Kerja Raya Malaysia. Seramai 10 orang pegawai daripada JKR telah membentangkan cadangan projek CKM masing-masing yang dinilai oleh Dr Rumesh Kumar, Pengurus Pengetahuan Bertauliah (CKM).