Program Functional Acceptance Testing (FAT) Modul e-Learning JKR Malaysia

Susulan daripada aktiviti penyediaan dan pembangunan modul e-Learning JKR Malaysia, satu sesi Functional Acceptance Testing (FAT) telah diadakan pada 28 November 2017 bertempat di Creative Content Development Lab, INTAN Bukit Kiara.

Seramai 12 orang peserta (selaku penguji) dari pelbagai unit telah terlibat dengan program ini yang bertujuan untuk menilai kebolehgunaan fungsi modul e-Learning yang telah dibangunkan. Program telah dikendalikan oleh pihak vendor yang dilantik, Sigma Rectrix Systems (M) Sdn Bhd dan turut dihadiri oleh pakar rujuk setiap modul selaku pemerhati.