“Wacana Teknikal @ JKR Malaysia” menyediakan platform kepada pakar Jabatan Kerja Raya untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman berkaitan bidang kepakaran masing-masing dengan warga Jabatan. Program pembudayaan ilmu yang dijalankan sepenuhnya secara dalam talian ini mula diperkenalkan pada tahun 2021.
Sehingga Jun 2023, sebanyak 29 sesi telah diadakan antaranya termasuk perkongsian oleh YBrs. Ir. Dr. Megat Zuhairy Bin Megat Tajuddin bertajuk “Intelligent Project Supervision & Monitoring (I-Supervision 2.0): Dari Jalan Sultan Salahuddin ke Geneva”, “Adaptasi Reka Bentuk Sejagat Di Bangunan Warisan” oleh YBrs. Dr. Mohd Sabere Bin Sulaiman dan “Apa Saya Pelajari di Melbourne Business School Tentang Kelestarian” yang disampaikan oleh YBrs. Ir. Dr. Abdul Murad Bin Zainal Abidin.
Slaid dan video “Wacana Teknikal @ JKR Malaysia” boleh diakses melalui Portal JPedia di https://jpedia.jkr.gov.my/index.php?title=Wacana_Teknikal_@_JKR_Malaysia