Modul Baharu EPSA “Pengenalan ACAT Dalam Pengurusan Projek”

Kursus baharu e-Pembelajaran JKR Malaysia bertajuk “Pengenalan ACAT Dalam Pengurusan Projek” yang dibangunkan oleh Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB), Ibu Pejabat JKR kini telah ditawarkan di portal e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA).

Kursus Pengenalan ACAT Dalam Pengurusan Projek bertujuan untuk memberi pemahaman kepada warga Jabatan berhubung kaedah untuk mengkategorikan projek berdasarkan kepada enam (6) kriteria iaitu kerumitan pengurusan projek, kesukaran teknikal, penjadualan projek, ketersediaan operasi dan penyenggaraan, sokongan industri dan kos pemerolehan serta tahap ACAT sesuatu projek berdasarkan kepada projek yang paling utama dan kompleks kepada projek yang kurang berkeutamaan dan kurang kompleks.

Sehingga kini, JKR Malaysia telah membangunkan sebanyak 14 kursus e-Pembelajaran (EPSA) antaranya termasuk “BIM : Asas Pengurusan 1”, “Pengenalan Kepada Gerbang Nilai 0 (GN0)” “Value Management Strategik (VMS)“, “Jalan Rosak: Apa Anda Perlu Tahu” dan “Construction Defects found in Reinforced Concrete during Construction” .

e-Pembelajaran merupakan sebahagian daripada inisiatif teras program strategik Enterprise Content & Knowledge Management yang dibangunkan bagi meningkatkan kapasiti dan keupayaan pengetahuan organisasi ke arah memperkasa produktiviti modal insan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan jabatan.

Portal EPSA boleh diakses sepanjang masa melalui komputer, tablet dan telefon pintar. Layari Portal EPSA hari ini di https://www.epsa.gov.my/