Program Persada Minda @ JKR 2022

Program Persada Minda @ JKR 2022 yang bertemakan “Kelestarian Alam Sekitar dan Teknologi Hijau” akan diadakan secara hibrid (fizikal dan dalam talian) pada 4 Oktober 2022 (Selasa) jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Majlis Perasmian akan diadakan di Aras Mezzanine, Menara Kerja Raya dan akan dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Seri Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya. Penganjuran program sebegini bertujuan untuk memperkasakan budaya ilmu di kalangan warga JKR untuk menjadikan JKR sebagai sebuah organisasi pembelajaran.

Program pada tahun ini merupakan anjuran bersama Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) dan Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu (CPAB) serta kerjasama strategik dengan Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga (CASKT) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Penyertaan secara fizikal dibuka kepada warga JKR Ibu Pejabat manakala warga JKR Negeri dan Wilayah dijemput menyertai program ini secara dalam talian.

Bersempena program ini juga, 4 sesi Perkongsian Ilmu diadakan dengan menampilkan pakar-pakar yang akan berkongsi ilmu dalam bidang masing-masing. Selain itu, turut diadakan pertandingan fotografi dan kuiz secara dalam talian serta reruai pameran/jualan buku yang diadakan di Aras Plaza, Menara Kerja Raya. Antara pempamer yang terlibat termasuklah CASKT, YADIM, Perpustakaan Negara Malaysia, Jabatan Warisan Negara, Karangkraf dan Rimbunan Ilmu.

Warga Jabatan yang berminat untuk menghadiri program ini dijemput untuk melengkapkan borang pendaftaran di pautan yang disertakan: https://forms.gle/JwfkRg4dB5pMUzvL7