e-Risalah JCoP #1 – Jan 2015

Posted by

image001

Salam sejahtera!

Setelah beberapa bulan merancang, akhirnya terbitlah e-risalah JCoP yang pertama. Tentunya ramai yang tertanya-tanya apa itu JCoP dan apa pula Communities of Practice (CoP).

CoP adalah kumpulan orang yang mempunyai minat/kecenderungan yang sama, yang berkongsi ilmu di antara satu sama lain. Sejumlah lima (5) domain CoP telah diwujudkan. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut.

JCoP adalah satu wadah perkongsian pengetahuan online untuk memudahkan CoP berinteraksi. Melalui JCoP, warga JKR boleh saling bantu sesama sendiri dalam pelaksanaan kerja dengan mengajukan pertanyaan untuk mendapatkan pandangan atau nasihat daripada mereka yang berpengalaman.

JCoP telah diperkenalkan secara berperingkat mulai bulan November 2013 dan bilangan penggunanya telah mencecah kira-kira 600 orang. Interaksi secara online ini nyata telah dapat mewujudkan satu kaedah baru “just-in-time learning” dan memupuk budaya perkongsian pengetahuan di JKR.

Jika anda belum lagi sertai JCoP, marilah daftar sebagai pengguna di sini.

Dalam e-risalah pertama ini, artikel dan rentetan diskusi pilihan editor serta maklumat lain dipaparkan untuk perkongsian.

Selamat membaca dan gunalah JCoP dengan tujuan untuk “ASK i.e ALWAYS SEEKING KNOWLEDGE”.

 

Contents

Artikel Pilihan

Tip Sebagai Saksi Mahkamah

image005

 

 

image003Nurfidatul

Sudah pasti mengundang rasa gelisah dan gerun bagi sesiapa yang akan menghadapi kes di mahkamah sebagai saksi dengan pelbagai persoalan bermain di benak fikiran untuk menghadapi sesi perbicaraan. Dengan itu, anda memerlukan tips dan perlu mengetahui perkara-perkara asas sebelum dan semasa di mahkamah… (baca seterusnya)

Rentetan Diskusi Pilihan

 

Diskusi #1: Masalah bahang di dalam rumah

image007Rosli

Pemasangan hawa dingin menyebabkan bil elektrik meningkat. Apakah langkah yang boleh diambil untuk atasi masalah rumah berbahang dan mencapai suhu bilik 27 darjah Celcius?

 

Diskusi #2: Masalah Keretakan Tembok

image009Mastura

Bangunan asal sekolah ini empat tingkat dan hanya satu tangga disediakan. Kemudian, tangga tambahan dibuat pada bangunan tersebut. Sekarang, ada keretakan diantara bangunan asal dengan tangga tambahan tersebut. Bagaimanakah cara penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan masalah ini?

 

Diskusi #3 Aduan penduduk berkaitan tapak pembinaan

image011Zuhairizan

Bagaimana menangani aduan penduduk mengenai masalah bising dan lori pembinaan yang kotor dan merosakkan jalan semasa pembinaan?

 

Tokoh JCoP

image013Tn Hj. Farijal Othman

Skor: 20,560

Lihat sumbangan pengetahuan tokoh ini!

 

Aktiviti Pembudayaan Ilmu akan datang

  • 24hb Feb – Seminar CoP, Blok A, Kompleks KKR
  • 2 Mac – Roadshow JCoP dan JPedia, JKR Pulau Pinang
  • 3hb Mac – K-Visit ke projek Institut Kemahiran MARA, Bukit Mertajam
  • 3hb Mac – Knowledge Café (topik: “Connecting People to Content”), Pulau Pinang

 

Pengumuman

Di bawah penstrukturan baru, Unit ECKM telah ditubuh di bawah Cawangan Latihan dan Inovasi.

Pegawai Unit ECKM, CLI terdiri daripada-

  1. Hamzah Mohd. Yusoff (J54)
  2. Khairil Hizar Md. Khuzaimah (J48)
  3. Siti Azura Mohd. Saifullah (J44)

Maklum balas dan cadangan anda dialu-alukan. Sila emel Sr Roznita Othman (Cawangan Perancangan Aset Bersepadu)

Statistik JCoP

image019
Bilangan lawatan (views)
image017
Bilangan penyertaan pengguna

 

Leave a Reply