Bengkel CoP Health Check

Bengkel CoP Health Check JKR Malaysia telah diadakan pada 2 dan 3 Mei 2018 bertempat di Pusat Sumber, CREaTE, Alor Gajah, Melaka. Program yang dihadiri oleh 20 orang pegawai yang terdiri daripada ketua dan ahli pasukan dari tujuh domain CoP bertujuan untuk mengenalpasti kriteria dan membangunkan instrumen penilaian bagi mengukur prestasi pelaksanaan CoP JKR.

Di samping itu, para peserta turut berbincang untuk mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil bai memastikan kelangsungan domain CoP di JKR Malaysia. Maklumat lanjut berkenaan inisiatif CoP JKR Malaysia boleh didapati dengan melayari laman JPedia: https://goo.gl/ihwC6i manakala Portal JCoP boleh diakses di laman berikut: http://jcop.vms.my/qa/

Galeri Gambar