Taklimat Pembentangan dan Sesi Hands-on Aplikasi Mobile Micro-Learning

Taklimat Pembentangan dan Sesi Hands-on Aplikasi Mobile Micro-Learning telah diadakan pada 25 Mei 2018 bertempat di CREaTE, Alor Gajah, Melaka. Program ini telah dikendalikan oleh En Maik Fuellman, CEO, Syarikat QUIZZBIZ.

Seramai 18 orang pegawai CREaTE dan CPAB telah menghadiri sesi pembentangan termasuk Pengarah Kanan CREaTE, YBrs. Ir Dr. Che Hassandi Abdullah dan Pengarah BPPK, CPAB, En. Roslan Abd. Ghani.

Program diadakan bertujuan untuk memberi kefahaman kepada para peserta mengenai aplikasi mobile learning. Para peserta telah berpeluang untuk mencuba aplikasi tersebut dengan menggunakan telefon pintar masing-masing dan rata-rata mereka mendapati ianya amat interaktif dan mudah untuk digunakan.

Galeri Gambar