Bengkel Knowledge Management Audit

Bengkel Knowledge Management Audit yang melibatkan 21 orang peserta telah diadakan dengan jayanya pada 8 sehingga 10 April 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Jurutera Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan. Bengkel yang telah dihadiri oleh pegawai dan kakitangan dari Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Cawangan Arkitek, Cawangan Kejuruteraan Elektrik dan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal bertujuan untuk mengenalpasti aset pengetahuan termasuk kepakaran sediada dan keperluan pengetahuan di pejabat masing-masing.

Sepanjang berlangsungnya bengkel selama dua hari ini, para peserta telah didedahkan dengan tatacara penyediaan aktiviti knowledge audit dan mapping yang lengkap oleh pihak perunding pengurusan pengetahuan, Knowledge Connections Sdn. Bhd. Sesi bengkel seterusnya diteruskan dengan aktiviti kumpulan bagi membincangkan serta menyediakan knowledge management audit.