Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan Pembudayaan Ilmu JKR (JKPPPI) Bil 1/2017

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan Pembudayaan Ilmu JKR (JKPPPI) Bil 1/2017 telah diadakan dengan jayanya pada 3 Mac 2017 bertempat di Bilik Gerakan, Jabatan Kerja Raya Negeri Perak. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. En. Mohd Rahim Kawangit, Pengarah Bahagian Pengurusan Projek Kompleks, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu dan dihadiri oleh seramai 29 orang Pengurus Pengetahuan dari seluruh negara.

Mesyuarat dimulakan dengan kata-kata aluan Pengerusi yang kemudiannya disusuli dengan pembentangan minit mesyuarat yang lepas dan perbincangan mengenai perkara-perkara  berbangkit. Seterusnya, Pn Samsul Khamariah, Pustakawan dari Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat telah membentangkan cadangan Program Persada Minda @ JKR 2017 yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan Ogos 2017 di Dewan Tan Sri Mahfuz Khalid, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Sesi mesyuarat diteruskan dengan pembentangan Laporan Program Pembudayaan Ilmu JKR Negeri Perlis. Seterusnya, Sr Roznita Othman telah membentangkan senarai aktiviti Unit ECKM yang telah dijadualkan sepanjang tahun 2017 dan diikuti dengan pembentangan Laporan Status CoP 2016 oleh En Khairil Hizar Md Khuzaimah dari Unit ECKM, CPAB.