Bengkel Project Lessons Learned JKR Melaka

Satu bengkel Project Lessons Learned yang dihadiri oleh seramai 12 orang pegawai dan kakitangan JKR Melaka telah diadakan pada 5 dan 6 Disember 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat, JKR Daerah Johor Bahru, 677 Jalan Petri, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor. Program yang dikendalikan oleh Sr Roznita Othman selaku penceramah dan En Khairil Hizar Md Khuzaimah (fasilitator) dari Unit ECKM, JKR bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada para peserta mengenai tatacara penyediaan Project Lessons Learned yang teratur dan menyeluruh.

Repositori Project Lessons Learned JKR boleh didapati di Portal JPedia @ http://jpedia.jkr.gov.my/index.php/PLL_wiki