Bengkel JPedia & Asas Pengurusan Perpustakaan

Satu bengkel bagi memperkenalkan Portal JPedia dan Asas Pengurusan Perpustakaan kepada warga JKR yang bertugas di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE) telah diadakan pada 22 dan 23 November 2016. Bengkel yang diadakan di Bilik Komputer Terabayte, Aras 4, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan & Teknologi JKR (CREaTE), Alor Gajah Melaka telah dihadiri oleh seramai 20 orang peserta daripada pelbagai displin dan bahagian di CREaTE.

Pada hari pertama, para peserta telah diberi penerangan oleh Pustakawan JKR Malaysia, Pn Samsul Khamariah Hamzah mengenai asas pengurusan perpustakaan termasuklah  tatacara perolehan dan pendokumentasian bahan perpustakaan. Pada keesokkan harinya, En Khairil Hizar Md  Khuzaimah dari Unit ECKM telah memberi taklimat mengenai JPedia dan diikuti dengan sesi hands-on oleh para
peserta.