Bengkel Perkhidmatan Perpustakaan Digital PNM

Bersempena dengan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan Pembudayaan Ilmu JKR (JKPPPI) Bil 4/2016, satu program bagi memperkenalkan kepada Knowledge Managers JKR mengenai perkhidmatan Perpustakaan Digital PNM telah diadakan pada 28 November 2016. Bengkel yang diadakan di Makmal Hipermedia Dewasa, Aras 4, Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur telah dihadiri oleh seramai 25 orang Knowledge Managers JKR.

Sepanjang program selama sehari ini, para peserta telah diberi pendedahan mengenai perkhidmatan Perpustakaan Digital PNM yang merangkum pangkalan data EBSCOHost, Ebrary dan World Ebook Library. Di sebelah petangnya, para peserta telah berpeluang untuk melawat Samsung Smart Library dan Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu.

Portal Perkhidmatan Perpustakaan Digital PNM boleh diakses melalui http://www.pnmdigital.gov.my/